Masterclass Songwriting Online 2026
Pernah tak tertanya-tanya bagaimana sebuah lagu mampu menyentuh hati ribuan pendengar walaupun hanya dengan beberapa baris lirik dan melodi?
Sertai sesi eksklusif Masterclass Songwriting Online bersama Amir Jahari, penyanyi, penulis lagu dan pemenang Anugerah Juara Lagu menerusi karya Hasrat serta lagu-lagu yang dekat dengan jiwa pendengar seperti Rindu Itu Berat, Ingin Pulang, Penghibur Jalanan, Aku Juga Manusia dan banyak lagi.
Dalam sesi selama 2 jam, Amir akan berkongsi pengalaman sebenar sepanjang perjalanan beliau sebagai seorang songwriter, composer dan producer selama 18 tahun daripada mencari idea, membina melodi yang kuat, menulis lirik yang jujur sehinggalah menghasilkan lagu yang mampu mencipta hubungan emosi dengan pendengar.
Anda akan melihat sendiri proses kreatif Amir dalam menghasilkan lagu, memahami bagaimana pelbagai cerita boleh diterjemahkan menjadi karya yang bermakna, serta mempelajari teknik yang boleh terus digunakan untuk menulis lagu anda sendiri.
Sama ada anda seorang beginner yang baru ingin mencuba menulis lagu, seorang penyanyi yang mahu menghasilkan karya sendiri, atau songwriter yang ingin memperhalusi kemahiran, kelas ini direka untuk memberi inspirasi dan panduan praktikal daripada pengalaman sebenar industri muzik.
???? Tarikh: 13 Jun 2026 (Sabtu)
⏰ Masa: 8.00 malam – 10.00 malam
???? Platform: Google Meet
Belajar terus daripada seorang songwriter yang telah melalui perjalanan jatuh bangun dalam industri dan berjaya membuktikan bahawa lagu kalau kita ikhlas menulis, akan sampai pada yang mendengar.
Tempat adalah terhad. Daftar sekarang dan mulakan perjalanan menulis lagu anda bersama Amir Jahari.